January 9, 2012

Sms semasa tido???

Huaaaaa....lama giler tak update blog....
Sibuk dengan final exam....
Ni pun update sebab takda mood nak baca buku, baru jer abiskan exam Hospitality tadi...

Water splash

Berkaitan dengan tajuk entry pulak....
Aku pasti yang ada sesetengah daripada korang biasa sleep walking masa kanak-kanak dulu kan???
Tapi pernah tak korang sms orang masa tido????
Nak panggil apa ekkk???
Sleep sms??? hahahahaha~~~
Biasa terjadi kat aku.....

Ceritanya, petang tu aku rasa ngantok, baru balik sekolah la katakan(form 6 masa ni..)
So, baring jap atas katil.....
Sebelum tertidur tu aku ada sms dengan sorang kawan aku ni...
Lepas lama dia tak reply, aku pun tertido.....zzzZZZzzzzZZZzz~~~

Lepas aku terjaga dari tido(selepas asar kot???)
Aku amik henpon aku, nak delete mesej dalam inbox....
Dah jadi kebiasaan aku delete mesej2 dalam inbox lepas chit chat, tak suka semak-semak!!!
Aku terperasan kawan aku reply mesej aku, dua pulak tu....
Aku pelik la...dia cakap aku tulis merapu....
seingat aku, last mesej aku bagitau dia pasal homework kot...
Apasal dia cakap aku merapu dengan tak paham apa aku tulis???
Aku check la mesej dalam sent....

Perrhhhh~~~
Pelik bin ajaib.....
Memang aku ada reply mesej kat kawan aku....dua mesej pulak tu!!!!
Aku tengok la waktu mesej tu dihantar, memang masa mesej tu dihantar aku tengah tidooooO!!!!!
...aku tak ingat apa yang aku reply kat kawan aku....
Tapi mesej pertama tu memang aku jawab soalan kawan aku, tapi ayat last aku tulis "hahahahahakjdfdbfsdf...."

Mesej kedua, serius macam orang sakit jiwa reply.....
Tapi masih ada perkataan yang betul......

Tang aku peliknya.....
Camna aku boleh reply mesej kawan aku tu masa aku tengah tido????
Dah la mesej pertama tu aku leh jawab soalan kawan aku????

Entah camna otak aku boleh berfungsi tanpa aku sedar dalam tido kroohh,kroohh????
Tak tau la kalau ada sapa-sapa tolong reply mesej aku tu tengah time tido, tapi macam tak logik jer....
Aku sorang jer kot dok dalam bilik time tu....

huhuhuhuh....misteri.....
Kena minta Mastika tolong selesaikan, hahaha~~~


Terima kasih kerana sudi baca, assalam

2 comments:

  1. haha mastika mcm mrapu jer.. huhukk

    ReplyDelete
  2. Rien Rose > hahaha...biar diorang buat citer merapu pasal ni...baru fofular saya nanti..ahah!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~