June 1, 2013

Review koleksi CERPEN dari Fixi

Assalam....
Lama betul aku menyepi sebab tak da mood nak update....kalau nak kata tak da masa tu tipu la, tiap-tiap hari aku leh main FB?? 
Cuti mid sem kedua ni aku macam biasa la tak balik kampung, membuta jer kat Melaka ni.

Sambil tu aku baca jugak buku himpunan cerpen yang di-publish oleh Fixi.
Aku bukan la minat sangat nak baca buku-buku tebal yang dari awal sampai habis semuanya tulisan ja..
Tapi dah sebab nak habiskan baucer buku yang nak tamat tempoh dah tu, aku beli je la.

Terdetik dalam hati ni nak beli novel sebab ternampak ada instagramer yang update foto novel-novel yang diorang pernah baca, siap dalam bahasa inggeris lagi, dasyat...
Aku cari buku bahasa inggeris semua tak menarik, takut kalau beli tapi baca separuh, atau tak baca terus, buat hiasan atas meja jer...

Kat MPH memang selalu ada carta hati buku-buku terlaris top 5...first sekali, biasa la, novel cinta... aku benci bangat..benci benci bangat sama itu novel cinta...pengeluar dia mesti la karangkraf...karangkraf memang popular, dan popular dengan novel cintan cintun....

Ternampak la buku tebal "CERPEN" yang dalam ranking ke-3...cover sangat ringkas ( rujuk foto bawah )

Foto ni untuk instagram sebenarnya.


Jadi aku pun baca la ringkasan yang ada kat belakang buku ni...dah nama CERPEN, mesti la tak bosan baca sebab pendek ja, tak meleret leret. Aku letak balik, pastu ternampak buku-buku lain dari Fixi dan penulis yang sama ( Shaz Johar ) ... aku perasan yang penulis nie jarang buat novel cinta... baca semua ringkasan kat cover belakang novel tu ( MENTAL, TABU, KOUGAR ) , rasa macam OK ja... jadi aku beli la CERPEN ni...

...dah habes baca kecuali cerpen bahasa inggeris...bagi aku, berbaloi la beli buku ni dengan harga tak sampai RM20... selama ni aku ingat kalau nak publish novel, ayat jalan cerita mesti "berbunga" , ayat mesti gramatis romantis tis tis tis habis, tapi ayat CERPEN ni ringkas ja... tapi still menarik dan ada "kelas" ...

Bila aku baca nie aku rasa macam tengah layan short filem yang ada dalam youtube....cerita yang ada kaitan dengan masyarakat sekarang, sinis, dan lawak jugak... 

Kepada yang gi kedai-kedai buku, kalau tak tau nak beli novel apa, try la beli novel dari Fixi ni... BEST ~~~




Terima kasih kerana sudi baca, assalam

2 comments:

  1. wah lama dah x singgah sini. wadi dtg ni :)

    ReplyDelete
  2. @Mawardi Yunus, Tima kasih visit.. saya pun dah lama x update... :P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen~~~